Pengasas syarikat farmaseutikal, Pfizer-Biontech Dr Ugur Sahin dan Dr Ozlem Tureci akan dianugerahkan Darjah Kebesaran Merit oleh Republik Persekutuan Jerman.<br /><br />Pejabat Presiden memaklumkan pasangan itu akan menerima Darjah Kebesaran Merit Komandan Kesatria, iaitu salah satu penghormatan tertinggi yang diberikan negara itu.